Monday, 12 November 2012

PERGERAKAN HAIWAN - BAHAGIAN 1



Salam Sejahtera semua...
Bertemu kita dalam blog dunia haiwan.
Baiklah, topik kita pada kali ini adalah mengenai PERGERAKAN HAIWAN

Seperti yang kita tahu, haiwan BERGERAK MELALUI PELBAGAI CARA
Tetapi, pergerakan bagi haiwan adalah BERBEZA antara satu sama lain.
Ada haiwan yang MERANGKAK, BERLARI, BERENANG, MEMANJAT dan bermacam lagi.

KENAPA PERGERAKANNYA BERBEZA?

Ha...ini kerana setiap haiwan mempunyai BENTUK dan ANGGOTA BADAN serta KEUPAYAAN YANG BERBEZA.

pergerakan bagi setiap jenis haiwan adalah BERSESUAIAN dengan tempat SEKITARNYA.

AYUH KITA MENGENALI PERGERAKAN HAIWAN DENGAN LEBIH LAGI!


BERLARI


Berlari merupakan cara haiwan untuk bergerak dengan LEBIH LAJU dan berguna untuk MELARIKAN DIRI DARIPADA BAHAYA.

KLIK PADA BAHAGIAN VIDEO DI BAWAH UNTUK MELIHAT PERGERAKAN HAIWAN BERLARI

 

TAHUKAH ANDA?
Harimau bintang merupakan haiwan yang hidup di darat dan berlari paling pantas

Antara contoh contoh lain haiwan yang bergerak secara berlari adalah seperti gambar rajah di bawah


Burung unta


Kuda Belang

dan banyak lagi haiwan yang berlari. 
MERANGKAK

Merangkak merupakan pergerakan dimana haiwan menggunakan kaki dan badannya menghampiri tanah.

Antara haiwan yang merangkak adalah kura-kura dan labah-labah 

KLIK PADA BAHAGIAN VIDEO DI BAWAH UNTUK MELIHAT PERGERAKAN HAIWAN MERANGKAK


 

Antara contoh haiwan lain yang bergerak dengan cara merangkak adalah seperti berikut:

  
LABAH LABAH

 
PENYU 

MERAYAP

Merayap meupakan pergerakan bagi haiwan atau serangga yang mempunyai kaki kecil yang banyak dan mudah bergerak di tempat yang sukar 

KLIK PADA BAHAGIAN VIDEO DI BAWAH UNTUK MELIHAT PERGERAKAN SEMUT MERAYAP
 
 
Antara haiwan atau serangga lain yang merayap adalah seperti rajah dibawah

LIPAS

LIPAN

BERENANG

Haiwan berenang di dalam air menggunakan sirip, badan, ekor dan kaki

KLIK PADA BAHAGIAN VIDEO DI BAWAH UNTUK MELIHAT PERGERAKAN IKAN BERENANG.

 
KATAK - Berenang menggunakan kaki

ANGSA

4 comments: